PROFIL JPP

PROFIL JPP

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah ditubuhkan pada 1 Mac, 1994 selepas Parlimen meluluskan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508). Tujuan utama penubuhan JPP pada masa itu adalah untuk mengawal selia perkhidmatan untuk sistem pembetungan yang sedia ada yang dikendalikan sama ada oleh kerajaan atau pihak swasta di seluruh negara.

Fungsi JPP sebagai badan kawal selia telah berakhir sepenuhnya pada 31 Disember 2007 dan telah diambil alih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Kini JPP memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek dan memberi nasihat teknikal kepada KATS dalam isu-isu yang berkaitan dengan pembetungan. Di bawah peruntukan RMK-9 bagi Sabah dan Sarawak, JPP telah dilantik untuk memberi nasihat mengenai perkara-perkara teknikal pembetungan untuk menjalankan audit teknikal, dan untuk mengesahkan pembayaran pinjaman dari Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri.

Sebagai salah satu agensi teknikal kerajaan ini, JPP telah memperkukuh pengurusan dan pentadbiran sistem dengan membuat pengaturan dan penyusunan semula yang komprehensif bagi meningkatkan keupayaan untuk menguruskan projek pembetungan yang lebih banyak pada masa akan datang.​

VISI

Peneraju pembangunan prasarana pembetungan negara yang menepati tahap piawaian antarabangsa ke arah sistem pembetungan yang cekap, mampan dan lestari.

 

MISI

Ke arah JPP sebagai jabatan teknikal dalam menyediakan prasarana pembetungan negara yang mampan, berintegriti dan holistik untuk perlindungan kesihatan awam yang berterusan serta memulihara sumber air negara.

 

OBJEKTIF

Mengungguli prasarana sistem pembetungan yang menepati keperluan pembangunan negara ke arah perlindungan kesihatan awam, kelestarian alam sekitar dan memulihara sumber air negara serta menyokong ekonomi kitaran.

 

FUNGSI JABATAN

  1. Melaksanakan proses perancangan dan pembangunan projek-projek pembetungan ke arah sistem pembetungan negara yang lestari, holistik dan inklusif.

 

  1. Memperkasakan pengurusan perundingan, khidmat nasihat, rekabentuk teknikal dan pelaksanaan projek-projek pembetungan yang kos efektif, menepati masa, berkualiti dan berintegriti.

 

  1. Memantapkan pembangunan modal insan dan kompetensi warga jabatan ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti, berinovasi dan berprestasi tinggi.

 

  1. Memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, berkesan dan berintegriti.

 

  

PIAGAM PELANGGAN

 

Komitmen JPP adalah menyedia dan melaksanakan projek pembetungan bagi memenuhi pembangunan negara. Dengan ini kami memberikan komitmen bahawa:

 

  1. Bagi projek di peringkat pra-pembinaan, tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah di tapak, peruntukan yang mencukupi, skop projek yang diluluskan oleh EPU dan kelulusan makmal pengurusan nilai/ kejuruteraan nilai telah diperolehi, maka tempoh perancangan sehingga SST adalah seperti berikut:

 a ) Konvensional 21 bulan; dan

 b ) Reka & Bina 9 bulan

 

  1. Bagi projek di peringkat pembinaan, tertakluk kepada projek sehingga RM350 juta dan syarat-syarat pengambilan balik tanah selesai, tiada halangan di tapak projek dan peruntukan disediakan mencukupi maka semua projek dalam pembinaan akan disiapkan mengikut jadual masa pembinaan seperti berikut:

  a ) Bagi projek loji rawatan kumbahan tidak melebihi 48 bulan;

  b ) Bagi projek rangkaian paip pembetungan tidak melebihi 60 bulan; dan

  c )  Bagi projek loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan tidak melebihi 60 bulan.

 

*Bagi projek yang melebihi RM350 juta penetapan tempoh masa tertakluk kepada skop kerja

 

  1. Semua tuntutan bayaran kemajuan projek yang lengkap akan disemak dan diperakukan dalam tempoh 14 hari hari bekerja.

 

  1. Maklum balas dan penjelasan terhadap setiap aduan pelaksanaan projek yang timbul adalah dalam tempoh 3 hari bekerja.

Kementerian/Jabatan

MyGOV Portal

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ( NRECC )

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jabatan Biokeselamatan (JBK)

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com