Profil Jabatan


Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah ditubuhkan pada 1 Mac, 1994 selepas Parlimen meluluskan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508). Tujuan utama penubuhan JPP pada masa itu adalah untuk mengawal selia perkhidmatan untuk sistem pembetungan yang sedia ada yang dikendalikan sama ada oleh kerajaan atau pihak swasta di seluruh negara.

Fungsi JPP sebagai badan kawal selia telah berakhir sepenuhnya pada 31 Disember 2007 dan telah diambil alih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Kini JPP memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek dan memberi nasihat teknikal kepada PETRA dalam isu-isu yang berkaitan dengan pembetungan. Di bawah peruntukan RMK-9 bagi Sabah dan Sarawak, JPP telah dilantik untuk memberi nasihat mengenai perkara-perkara teknikal pembetungan untuk menjalankan audit teknikal, dan untuk mengesahkan pembayaran pinjaman dari Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri.

Sebagai salah satu agensi teknikal kerajaan ini, JPP telah memperkukuh pengurusan dan pentadbiran sistem dengan membuat pengaturan dan penyusunan semula yang komprehensif bagi meningkatkan keupayaan untuk menguruskan projek pembetungan yang lebih banyak pada masa akan datang.



Visi

Induk pembangunan prasarana pembetungan negara setanding piawaian antarabangsa ke arah sistem pembetungan yang cekap, inovatif, mampan dan lestari

Misi
  • Membangunkan prasarana pembetungan negara yang terancang, bersepadu, berkualiti, berinovasi dan responsif untuk kesejahteraan negara
  • Menyediakan pengurusan aset yang cekap dan holistik
  • Membangunkan modal insan yang mempertingkatkan kompetensi kejuruteraan bagi melahirkan warga jabatan yang berpengetahuan tinggi, inovatif, berdaya saing dan berintegriti
Fungsi
  • Melaksanakan proses perancangan dan pembangunan projek-projek pembetungan ke arah sistem pembetungan negara yang lestari,holistik dan inklusif
  • Memperkasakan pengurusan perundingan, khidmat nasihat, reka bentuk teknikal dan pelaksanaan projek-projek pembetungan yang kos efektif, menepati masa, berkualiti dan berintegiriti
  • Memantapkan pembangunan modal insan dan kompetensi warga jabatan ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti, berinovasi dan perprestasi tinggi
  • Memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, berkesan dan berintegriti

Terkini Daripada Jabatan

Berita & Kenyataan Media

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome dengan resolusi minimum 1366x768.
Jumlah Pelawat : 367,401
Tarikh Kemaskini : 20 Mei 2026
TOP