LAWATAN KERJA YBHG. DATO' SRI HAJI MAD ZAIDI BIN MOHD KARLI, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) KE PROJEK PEMBETUNGAN DI BAYAN BARU, PULAU PINANG
25 September 2026 (Jumaat) | 9.30 pagi
Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli telah mengakhiri lawatan Kerja di Pulau Pinang dengan mengadakan lawatan ke Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau (STP) dan Rangkaian Paip Pembetungan (NTW) di Bayan Baru, Pulau Pinang (Fasa 2).
Kehadiran beliau bersama
YBrs.Tn. Amisam bin Ismail, SUB Pembangunan PETRA telah disambut oleh delegasi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) yang diketuai oleh YBrs. Tn. Ir. Ts. Hj. Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kanan, bersama Y.M. Raja Baharudin bin Raja Mamat, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek 4 dan YBhg. Datin Ir. Ts. Suhaily binti Saleh, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Projek 4 brrserta pasukan projek yang lain.
Lawatan ini bertujuan meninjau sendiri ststus kemajuan terkini pelaksanaan projek serta mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kerja-kerja penyiapan pembinaan STP dan NTW di Bayan Baru.
Dalam sesi lawatan, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli menekankan agar projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan serta menyatakan kesediaan pihak kementerian untuk membantu sekiranya terdapat sebarang isu yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan susulan pada bulan hadapan bagi meninjau perkembangan terkini terhadap usaha penyiapan projek dan meminta JPP teruskan apa jua usaha supaya projek ini disiapkan sepenuhnya.