Soalan Lazim

Bagaimanakah peruntukan tahunan bagi Anggaran Belanja Pembangunan disediakan ?

Bahagian Pembangunan akan mengeluarkan memo keperluan peruntukan tahunan projek pembangunan dan diedarkan kepada Bahagian/ Agensi berkaitan. (Projek      Pembangunan adalah tertakluk kepada projek yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun).

Setelah menerima maklumbalas dari Bahagian/ Agensi berkaitan, semakan permohonan akan dibuat dan diselaraskan berdasarkan keperluan/ keutamaan.

Satu laporan permohonan akan disediakan menggunakan borang ABP dan dibentangkan kepada pengurusan untuk kelulusan.

Permohonan yang telah dipersetujui oleh pengurusan akan dimajukan kepada Kementerian untuk tindakan selanjutnya.

Kenapa perlunya diadakan Penilaian Pembangunan ?

Penilaian Pembangunan diadakan bagi mengukur sama ada sesuatu dasar, program atau projek yang dicadangkan mencapai matlamat yang ditetapkan serta mendatangkan faedah kepada kumpulan sasar atau sebaliknya. Selain dari menilai keberhasilan (outcome) dan impak program pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), hasil penilaian turut dijadikan input bagi memperbaiki proses perancangan bagi program atau projek yang sama di masa hadapan.

Berapakah bilangan loji-loji yang dibaikpulih / dinaiktaraf bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9)?

438 buah loji dengan Negeri Perak adalah negeri mempunyai bilangan loji yang terbanyak iaitu 92 buah loji.

Adakah kelulusan sistem pembetungan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan pembetungan ?

Setelah berkuatkuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta IPA 655) mulai 1 Januari 2008, semua kelulusan sistem pembetungan diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Adakah permohonan baru dan pembaharuan lesen masih diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan?

Dengan berkuatkuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta IPA 655) mulai 1 Jan 2008, semua urusan yang melibatkan permohonan baru dan pembaharuan lesen telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome dengan resolusi minimum 1366x768.
Jumlah Pelawat : 98,956
Tarikh Kemaskini : 30 April 2025
TOP