MAJLIS PELUNCURAN BUKU TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH (TPATA) ASET PEMBETUNGAN
5 Oktober 2026 (Isnin) | ?Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) melakar satu lagi pencapaian penting sebagai Jabatan Teknikal dalam memperkasakan integriti, kualiti, dan keberkesanan pengurusan aset tak alih pembetungan negara.
?Bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Bil. 1/2026, YBrs. Tn. Ir. Hj. Alias bin Mohamed, Ketua Pengarah JPP telah menyempurnakan Peluncuran dan Penyerahan Buku Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Aset Pembetungan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia.
?Majlis ini turut disaksikan oleh Ahli-Ahli Tetap JPAK dan pegawai-pegawai kanan JPP. Penerbitan tatacara teknikal ini menjadi panduan piawaian komprehensif bagi memastikan aset pembetungan nasional diselenggara berasaskan amalan kejuruteraan cemerlang dan tadbir urus terbaik Kerajaan.
JPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan pakar teknikal dan semua pihak yang memberikan komitmen padu dalam merealisasikan penerbitan buku panduan TPATA ini.