LAWATAN KERJA DATO' SRI HAJI MAD ZAIDI BIN MOHD KARLI, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) KE PROJEK PEMBETUNGAN DI MAK MANDIN, PULAU PINANG
24 September 2026 (Khamis) | 2.30 petang
Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli telah mengadakan lawatan ke Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Mak Mandin dan Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan dalam Kawasan Tadahan Butterworth North, Pulau Pinang (Reka & Bina).
Kehadiran beliau bersama YBrs. Tn. Amisam bin Ismail, SUB Pembangunan Petra dan YBrs. En. Azlan bin Abdul Majid, Timbalan SUB BPAP telah disambut oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) yang diketuai oleh YBrs. Tn. Ir. Ts. Hj. Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kanan, Y.M Raja Baharudin bin Raja Mamat, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek 4 bersama YBhg. Datin Ir. Ts. Suhaily binti Saleh, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Projek 4 (BPP4).
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek serta mendapatkan gambaran secara langsung berkaitan kemajuan kerja-kerja menaiktaraf loji rawatan kumbahan dan pembinaan rangkaian paip pembetungan di kawasan tadahan Butterworth North.
Beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pasukan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan dan pasukan projek dalam usaha menyiapkan projek ini dengan jayanya .
Lawatan ini turut menjadi platform bagi pihak kementerian dan JPP bersama pihak-pihak berkaitan untuk memantau kemajuan projek, membincangkan perkara-perkara berkaitan isu pelaksanaan di tapak serta memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut perancangan, spesifikasi dan keperluan yang telah ditetapkan.