Profil JPP
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah ditubuhkan pada 1 Mac, 1994 selepas Parlimen meluluskan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508). Tujuan utama penubuhan JPP pada masa itu adalah untuk mengawal selia perkhidmatan untuk sistem pembetungan yang sedia ada yang dikendalikan sama ada oleh kerajaan atau pihak swasta di seluruh negara.
Fungsi JPP sebagai badan kawal selia telah berakhir sepenuhnya pada 31 Disember 2007 dan telah diambil alih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Kini JPP memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek dan memberi nasihat teknikal kepada PETRA dalam isu-isu yang berkaitan dengan pembetungan. Di bawah peruntukan RMK-9 bagi Sabah dan Sarawak, JPP telah dilantik untuk memberi nasihat mengenai perkara-perkara teknikal pembetungan untuk menjalankan audit teknikal, dan untuk mengesahkan pembayaran pinjaman dari Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri.
Sebagai salah satu agensi teknikal kerajaan ini, JPP telah memperkukuh pengurusan dan pentadbiran sistem dengan membuat pengaturan dan penyusunan semula yang komprehensif bagi meningkatkan keupayaan untuk menguruskan projek pembetungan yang lebih banyak pada masa akan datang.