Album Foto
Ketua Pengarah JPP menyantuni undangan menghadiri Majlis Makan Malam JPP Sarawak Tahun 2025 yang diadakan di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak
Program 12 Ogos 2025 Kuching, Sarawak
12 Ogos 2025 (Selasa) - Ketua Pengarah JPP menyantuni undangan menghadiri Majlis Makan Malam JPP Sarawak Tahun 2025 yang diadakan di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak. Majlis gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Dalam majlis tersebut, KP JPP telah menyampaikan cenderahati iaitu Buku Air dan Pembetungan di Malaysia Sejarah Serta Perspektif dan Buku Arahan Teknik Pembetungan Micro Tunneling Boring Machine (MTBM) Pipe Jacking & Other Associated Excavation Works kepada YB Timbalan Premier Sarawak dan Pengarah JPP Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh TKP SP&P JPP, Pengarah BINORKOM JPP dan Pegawai Khas KP JPP.





