Album Foto
LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI PETRA KE PEJABAT PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN ( JPP )
Program 25 Februari 2026 Putrajaya
26 FEBRUARI 2026 (RABU) I Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) amat berbesar hati menerima kunjungan YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) serta menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga JPP.
Ketibaan YB Timbalan Menteri PETRA telah disambut oleh Ketua Pengarah JPP, Haji Alias bin Mohamed bersama-sama Ir. Ts. Hj. Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Projek, Ir. Huzaini bin Husain, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Konsultasi dan Khidmat Teknikal, Puan Nurazimah binti Ramlan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pembangunan, barisan Pengarah Bahagian dan warga JPP.
YB Timbalan Menteri PETRA seterusnya telah diberikan taklimat mengenai peranan, inisiatif strategi dan perancangan JPP dalam memperkasa sistem pembetungan negara.
Lawatan kerja ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama warga JPP yang menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan antara kepimpinan PETRA dan warga JPP.
Semoga lawatan kerja ini terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara PETRA dan JPP dalam usaha memperkasakan sektor pembetungan negara demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.