Album Foto
BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN ( TPATA ) PEMBETUNGAN SIRI 3
Latihan 22 Januari 2026 Kota Kinabalu, Sabah
20 - 22 Januari 2026
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) Pembetungan Siri 3 bertempat di Hyatt Regency Kinabalu, Sabah.
Bengkel Siri 3 ini adalan untuk semakan untuk 2 bab terakhir iaitu Bab G (Pelupusan Aset) dan Bab H (Kehilangan Hapus kira Aset) yang mana menjadikan keseluruhan 6 Bab telah diselesaikan.
Sebagaimana maklum, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Bil.1/2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 11 Ogos 2025 telah menetapkan tarikh akhir pengemukaan Dokumen TPATA Pembetungan ialah pada April 2026.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nurazimah Binti Ramlan Timbalan Ketua Pengarah SP&P. Bengkel ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JPP, wakil Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) Ibu Pejabat JKR Malaysia iaitu Sr. Kamarul Arif Bin Abdul Wahab dan Sr. Maszamri bin Abdul Gafar, wakil daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan juga Indah Water Konsortium (IWK).
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada YBrs. Encik Mohd Asmawi bin Bardan atas sesi ceramah dan berkongsi ilmu serta pengalaman beliau selaku Pegawai Teknikal Fasiliti Jabatan sebelum ini.







