17 Ogos 2025 (Ahad ) - Timbalan Ketua Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) merasmikan Majlis Penyelarasan Projek Bersama Pihak Berkuasa Tempatan,
Agensi Kerajaan dan Perjumpaan Bersama Penduduk Setempat Bagi Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Kumbahan LAN007 dan Kerja-Kerja Rasionalisasi di Kawasan Tadahan Taman Batu Arang, Labuan (Reka dan Bina) yang diadakan di Dewan Sri Labuan, Jabatan Kerja Raya W.P. Labuan.
Majlis penyelarasan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dua hala antara pihak JPP, PETRA dengan PBT, Agensi Kerajaan dan penduduk setempat di Labuan sekaligus memberi penerangan berhubung pelaksanaan projek. Majlis tersebut turut dihadiri oleh TKP SKKT JPP dan Pegawai JPP.