Album Foto
MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF SISTEM LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN HOSPITAL SULTANAH FATIMAH MUAR, JOHOR.
Program 17 Jun 2026 Muar, Johor
16 JUN 2026 (SELASA) | Alhamdulillah! Satu lagi mercu tanda kejayaan yang berjaya dilakar oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dengan bangganya telah menyiapkan dan menyerahkan Projek Naik Taraf Sistem Loji Rawatan Air Kumbahan (Reka & Bina) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sebuah majlis yang penuh bermakna ini di Hospital Sultanah Fatimah Muar, Johor yang dirasmikan oleh YBrs. Ir. Ts. Hj. Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Projek JPP.
Turut hadir pada majlis ini adalah YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBrs. Dr. Khairul Rizal Bin Othman Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor (Perubatan), YBrs. Dr. Faidzal Adlee Bin Abdul Ghafar, Pengarah Hospital Sultanah Fatimah Muar serta wakil kontraktor, wakil KKM, wakil PETRA, wakil IWK serta pasukan projek Bahagian Pengurusan Projek 2 (BPP2) JPP yang diketuai oleh YBrs. Ir. Mustapa bin Yed Pengarah BPP2.
JPP telah meletakkan tanda aras yang sangat cemerlang dengan menyiapkan projek ini LEBIH AWAL dari jadual (22 Mei 2026) tanpa sebarang Lanjutan Masa (EOT) dan mencatat rekod sifar kemalangan!
- Kapasiti Loji: 3,500 Penduduk Setara (PE)
- Rangkaian Paip: Sepanjang 665 meter (kaedah open cut & pipe jacking)
- Teknologi: Rawatan Extended Aeration
- Rasionalisasi: Menggantikan 2 loji kumbahan dan 1 stesen pam sedia ada.
- Rekod Keselamatan: >33,000 jam bekerja tanpa kemalangan (LTI).
Pelepasan Efluen Terkawal: Memastikan air pembuangan mematuhi piawaian alam sekitar secara konsisten, sekaligus mengurangkan impak pencemaran kumbahan kepada alam sekitar setempat.
Pemodenan Fasiliti Kesihatan: Infrastruktur hospital kini lebih moden dan cekap, menyokong kualiti persekitaran kesihatan yang lebih bersih dan selamat untuk pesakit serta komuniti Muar.
Teknologi Hijau: Penggunaan elemen cekap tenaga (seperti lampu LED) menjadikan operasi hospital lebih mesra alam.
Sistem yang Sistematik: Memudahkan tugasan operasi dan penyelenggaraan berkala oleh pihak IWK.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan projek ini! Usaha kolektif hari ini adalah sumbangan bermakna demi kelestarian generasi masa hadapan.













