Album Foto
MAJLIS PELANCARAN PERMULAAN BAGI PROJEK PERJANJIAN PENSWASTAAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA, SYARIKAT TANAH DAN HARTA SDN BHD DAN GREEN EARTH TECHOVATIONS SDN BHD
Aktiviti 9 September 2025 Kuala Lumpur
9 September 2025 (Selasa) - YBrs. Tn. Hj. Alias bin Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) merangkap wakil Pengarah Projek telah merasmikan Majlis Pelancaran Permulaan Bagi Projek Perjanjian Penswastaan Di Antara Kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah dan Harta Sdn Bhd dan GreenEarth Technovations Sdn Bhd Bagi Pembangunan Semula Tapak Loji Kumbahan Di Atas Lot 48664 dan 48665 di Sri Hartamas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi Projek 1: Membina dan Menyiapkan Loji Rawatan Kumbahan Di Sri Hartamas Berkapasiti 160,000PE Menggunakan ‘Membrane Bio-Reactor’.
Majlis ini diadakan di Pejabat Tapak Projek STP Sri Hartamas. Majlis pelancaran ini merupakan titik bermulanya pembinaan secara fizikal di tapak. Ianya juga adalah janji dan komitmen daripada pihak Syarikat untuk menyiapkan projek ini dengan sebaiknya. Di samping itu, para hadirin juga akan lebih memahami tentang pelaksanaan projek bersifat usahasama awam swasta ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohd. Norhisham bin Musa SUBK (Pengurusan) PETRA, YBrs. Ir. Ts. Hj. Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah TKPK (SPP), YBrs. Ir. Huzaini bin Hj Husain TKP (SKKT), YBrs. Puan Nurazimah binti Ramlan TKP (SP&P), pegawai-pegawai kanan dari PETRA, UKAS, JPP serta wakil dari Agensi Kerajaan dan Swasta.





