Berita Terkini
Majlis Penyelarasan Projek Bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Kerajaan dan Perjumpaan Bersama Penduduk Setempat Bagi Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Kumbahan LAN007 dan Kerja-Kerja Rasionalisasi di Kawasan Tadahan Taman Batu Arang, Labuan
17 Ogos 2025 (Ahad ) - Timbalan Ketua Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) merasmikan Majlis Penyelarasan Projek Bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Kerajaan dan Perjumpaan Bersama Penduduk Setempat Bagi Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Kumbahan LAN007 dan Kerja-Kerja Rasionalisasi di Kawasan Tadahan Taman Batu Arang, Labuan (Reka dan Bina) yang diadakan di Dewan Sri Labuan, Jabatan Kerja Raya W.P. Labuan.


