Berita Terkini
DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al – Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah mengampuni perkenan untuk mencemar duli bagi menghadiri majlis lawatan tapak.
27 Ogos 2025

27 Ogos 2025 (Rabu) – Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al – Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah mengampuni perkenan untuk mencemar duli bagi menghadiri majlis lawatan tapak bagi projek Cadangan Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Serta Kerja – Kerja Rationalisasi di Kawasan Tadahan Bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah memberikan taklimat ringkas mengenai lokasi, skop projek, kebaikan serta manfaat projek ini kepada DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu. DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu juga turut diberikan taklimat mengenai komponen yang terlibat dalam pembinaan dan pengoperasian loji rawatan kumbahan dan melihat lokasi tapak loji melalui kawalan drone. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan menjunjung setinggi – tinggi kasih atas limpah perkenan DYTM Tuanku berangkat ke majlis lawatan tapak ini.
Turut hadir ke majlis lawatan tapak adalah Timbalan SUK (Pembangunan)/ Pengarah UPEN Terengganu, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Pengarah Kerja Raya Terengganu, Pengarah PLAN Malaysia Terengganu, pegawai – pegawai JPP, pegawai - pegawai dari UPEN Terengganu dan IWK Sdn. Bhd.