Berita Terkini
MAJLIS SANJUNGAN BUDI JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN (JPP) 2025 | 11 NOV 2025 | HOTEL TENERA & SUITES, BANGI
11 November 2025
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi JPP di Hotel Tenera & Suites, Bangi bagi meraikan pegawai JPP yang telah bersara & menyampaikan surat kenaikan pangkat pegawai di Jabatan.
Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama pegawai-pegawai kanan PETRA. YBhg. Dato’ Sri KSU juga menyampaikan sijil Sanjungan Budi kepada pesara serta surat-surat kenaikan pangkat pegawai JPP diiringi oleh YBrs. Haji Alias bin Mohamed, Ketua Pengarah JPP.


