Soalan Lazim
Lesengf JPP kelas D yang masih sah tempohnya dibenarkan memasuki tender Jabatan Perkhidmatan Pembetungan manakala bagi yang telah luput tempoh sahnya , perlu menggunakan permit mengikut jenis bidang kerja yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Fungsi utama Jabatan Perkhidmatan Pembetungan selepas wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas 1 Januari 2008 ialah sebagai pelaksana projek pembetungan negara dan sebagai penasihat kepada KeTTHA di dalam isu-isu berkaitan pembetungan. Selain itu juga, di bawah peruntukan RMK sektor pembetungan kepada Sabah dan Sarawak, JPP telah dilantik sebagai penasihat teknikal pembetungan, menjalankan audit teknikal, memberi khidmat nasihat dan mengesahkan tuntutan bayaran pinjaman Kerajaan Pesekutuan dari kerajaan negeri-negeri tersebut.
Bagi aduan yang berkaitan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan awam dibawah seliaan IWK, aduan boleh diajukan terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atau terus kepada IWK.
Manakala aduan berkaitan dengan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan serantau yang sedang dalam pembinaan, maka aduan tersebut boleh diajukan terus kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Perkhidmatan pembetungan Negara dapat ditingkatkan lagi dengan membina loji rawatan kumbahan serantau yang lebih moden, berteknologi hijau dan lebih efisien. Dengan itu dapat mengurangkan bilangan loji-loji rawatan kumbahan sediaada untuk mengurangkan pencemaran dan masalah penyelengaraan loji dengan lebih baik.
Kebaikan loji rawatan kumbahan serantau/berpusat adalah dapat merawat air kumbahan dari sesuatu kawasan tadahan yang lebih besar. Sebagai contoh Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 akan dapat merawat air kumbahan dari sebahagian besar Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Cheras. Oleh itu, loji-loji kecil disekitar kawasan tadahan tersebut dapat di tutup untuk mengurangkan pencemaran.