TEKNOLOGI INOVATIF DALAM RAWATAN AIR SISA UNTUK KECEKAPAN ALAM SEKITAR
Laman Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) bagi Langat CSTP telah dibangunkan untuk memudahkan orang awam mengetahui dan memahami tentang proses pembentungan dilakukan. Laman Virtual Reality (VR) juga membolehkan orang awam menerokai setiap bangunan yang ada di dalam Langat CSTP.
Selain itu, orang awam juga boleh menjawab soalan berkenaan CSTP, menonton video cara memproses air kumbahan, dan membaca infomasi berkaitan Langat CSTP.
Langat CSTP merupakan salah satu projek Kementerian alam sekitar dan air dan mendapat seliaan sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), projek berimpak tinggi inj melibatkan pembinaan loji rawatan di atas tanah seluas 7.3 hektar bersamaan dengan 58 kolam bersaiz olimpik dengan kapasiti 920,000 PE, dan mampu merawat sehingga 207,000 m3/hari air sisa dan meletakkan sistem pengangkutan kumbahan berjumlah kira-kira 108 kilometer meliputi satu kilometer tadahan bermula dari Cheras Batu 11 ke Kajang.