Perutusan Tahun Baru 2022

Ketua Pengarah

PERUTUSAN TAHUN BARU 2022 KETUA PENGARAH

JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya sekali lagi kita diberi peluang melangkah ke tahun baru 2022.

 Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya dan sempena tahun baru ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua warga JPP. Sesungguhnya waktu dan masa berpacu dengan amat pantas, hari esok menjadi tanda pembuka lembaran kepada dekat yang seterusnya penuh dengan cabaran.

 Pelbagai kejayaan telah diraih termasuklah kejayaan dalam menyiapkan projek-projek pembetungan, kejayaan dalam menjayakan program-program Jabatan serta kejayaan melakukan inovasi dan perubahan kepada kepada sistem dan prosedur kerja Jabatan. Diharap momentum pemerkasaan budaya warga berinovasi ini dapat diteruskan bagi penghasilan kualiti kerja yang memberi manafaat kepada JPP. Saya percaya dengan segala kepakaran, potensi dan kemudahan yang ada kita masih mempunyai peluang yang luas untuk terus meningkatkan lagi pencapaian ke tahap yang lebih tinggi.

 Sebagai penyumbang terbesar dalam pembangunan sektor pembetungan, saya berharap agar JPP akan terus unggul dengan meraih kejayaan yang lebih besar pada tahun 2022. Oleh yang demikian, hala tuju kita kepada tahun ini adalah memberi tumpuan serius terhadap pelaksanaan projek-projek pembetungan bermula dari perancangan, reka bentuk dan pembinaan supaya menepati piawaian ditetapkan dan memastikan tiada projek yang lewat disiapkan. Tumpuan keselamatan juga perlu diambil kira semasa dan sesudah pembinaan serta keselamatan di tempat kerja. Kesedaran dan komitmen semua warga PP adalah penting bagi merealisasikan hasrat ini.

 Disamping itu, warga JPP perlulah mengamalkan sikap berintegriti dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai jati diri yang tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni dan komited terhadap tugasan yang diberikan. Demi memartabatkan hala tuju dan memantapkan imej jabatan yang cemerlang, saya menyeru kepada semua warga JPP, marilah sama-sama kita berganding tangan untuk terus maju dan tetap gemilang di tahun baru demi mencapai misi dan visi jabatan.

 Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan semoga kita akan terus meraih kejayaan pada tahun 2022 dengan lebih cemerlang dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang serta usaha ini diberkati Allah swt.

 Sekian, terima kasih.

YBrs. Tuan Ir. Ahmad Rozian bin Othman

Ketua Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan

Kementerian/Jabatan

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jabatan Biokeselamatan (JBK)

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com