Select Page

Perutusan

Ketua Pengarah

dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Terlebih dahulu saya merakamkan syukur dengan adanya laman sesawang ini dapat memudahkan jaringan perhubungan antara jabatan ini dengan pihak luar. Adalah amat penting bagi setiap jabatan kerajaan untuk memperkukuhkan sistem penyampaian maklumat dengan menggunakan media sosial bagi mempercepatkan penyaluran maklumat penting daripada jabatan ini dan penerimaan aduan / maklumbalas daripada pihak luar. 

Jabatan ini telah mula beroperasi sejak tahun 1994 dan sepanjang tempoh pengoperasian selama 27 tahun, JPP telah diberikan peruntukan yang besar bagi merancakkan pembangunan sistem pembetungan negara yang secara tidak langsung telah meningkatkan taraf kemudahan infrastruktur masyarakat setempat melalui pembangunan prasarana fizikal pembetungan yang teguh dan mapan.

Sebagai peneraju kepada sistem pembetungan negara, JPP sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat. JPP telah memperluaskan fungsinya dengan tidak hanya tertumpu kepada pembangunan projek pembetungan semata-mata tetapi turut terlibat dalam penerokaan industri hiliran pembetungan seperi kajian air pulih guna dan lain-lain yang dijangka dapat memberikan impak positif kepada masyarakat. Dengan itu, fungsi JPP sentiasa relevan dengan kehendak dan keperluan masyarakat serta memenuhi hasrat dan aspirasi ke arah negara maju  dan berwawasan.

Akhir kata saya berharap agar JPP dapat meneruskan perkhidmatan yang cemerlang dalam sistem pengurusan pembetungan dan seterusnya memberikan sumbangan besar dalam pembangunan fizikal negara.

” JPP Peneraju Sistem Pembetungan Negara “

Ir. AHMAD ROZIAN BIN OTHMAN

KETUA PENGARAH 

JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN

Sept 2021

Kementerian/Jabatan

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jabatan Biokeselamatan (JBK)

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com