Select Page

Info Projek

Projek

Pakej D44 – Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan Di Bunus, Kuala Lumpur (Reka & Bina)

Kapasiti (PE)

Tarikh Milik Tapak

25/02/2014

Tarikh Siap

31/12/2020

Keterangan

LATAR BELAKANG PROJEK:

Pihak Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan sedang dalam proses untuk membina sistem rangkaian pembetungan dan juga merasionalisasi loji-loji rawatan kumbahan yang terletak di kawasan tadahan Gombak, Bunus, Ampang dan Ulu Kelang bagi menyokong objektif mencapai kualiti air sungai Kelas IIB di Sungai Klang, Sungai Gombak dan Sungai Bunus sepertimana di bawah Program Greater KL/KV River of Life.

Kerja-kerja bagi projek ini merangkumi kerja-kerja rasionalisasi sistem pembetungan di kawasan tadahan Bunus. Ia termasuk kerja-kerja merasionalisasi dan menyahtauliah 66 loji rawatan kumbahan awam dan 7 loji rawatan kumbahan di dalam premis Kerajaan.  Memperluaskan liputan sistem pembetungan dengan membina sistem rangkaian paip pembetungan baharu.

Objektif projek ini adalah seperti berikut :

    • Mengurangkan punca bahan pencemaran dalam air sungai;
    • Mengurangkan aduan berhubung dengan bau (odour) dan buffer;
    • Operasi dan penyelenggaraan sistem pembetungan di kawasan tadahan adalah lebih efisien.
KOMPONEN/SKOP PROJEK:
    • Merekabentuk dan membina sistem rangkaian paip pembetungan sepanjang  54.27 km, paip secara graviti  : 47.46 km, paip force main : 6.81km;
    • Menaiktaraf rumah pam sedia ada ,KLR 289 (650,000 PE) dan KLR 030 (570,000 PE);
    • Mengubahsuai loji rawatan kumbahan kepada rumah pam, AMA 012 (3,000 PE), AMA 052 (150,355 PE), AMA 190 (18,000 PE), AMA 162 (40 PE), AMA 010 (500 PE) dan AMA 180 (540 PE);
    • Merasionalisasi dan menyahtauliah 60 buah loji rawatan kumbahan awam, 6 buah conventional septic tank (cst) awam dan loji rawatan kumbahan/conventional septic tank di 7 buah premis Kerajaan.

 

Kerja-kerja Pipe Jacking MH3-20 Ke MH3-21

Pembinaan Lubang Pit

 

BUTIRAN PROJEK:

Tarikh Milik Tapak : 25 Feb 2014
Tarikh Siap              : 31 Dis 2020​

Pautan

Status

Pembinaan

Kementerian/Jabatan

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jabatan Biokeselamatan (JBK)

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com