Select Page

Info Projek

Projek

Projek Penambahan Rangkaian Paip Pembetungan Di Pantai Tengah Dan Menaiktaraf Stesen Pam (LKI030) Di Pantai Chenang, Langkawi, Kedah Darul Aman (Reka & Bina)

Kapasiti (PE)

3,970PE -10,000PE

Tarikh Milik Tapak

26/01/2016

Tarikh Siap

25/07/2017

Keterangan

LATAR BELAKANG PROJEK :

Dalam usaha untuk menjadikan Pulau Langkawi termasuk di dalam sepuluh (10) senarai teratas pulau yang dijadikan destinasi eco-pelancongan pada tahun 2015 sebagaimana di dalam Langkawi Tourism Blueprint 2011-2015, Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah mengambil inisiatif untuk menambah baik serta meningkatkan infrastruktur pembetungan.

Pada masa ini kawasan tadahan Pulau Langkawi terbahagi kepada tiga (3) iaitu Kuah, Padang Mat Sirat dan Pantai Tengah. Keluasan kawasan tadahan Pantai Tengah ialah seluas 12.91km² bermula dari Kampung Gelam di utara, hingga ke Resorts World Langkawi di selatan dan juga termasuk Kampung Ketapang di timur dan Pelangi Beach Resort di bahagian barat.

 

Kerja-kerja membuka Forwork For Column

Sumbersible Pump yang akan dipasang​​

Mechanical Screen yang telah dipasang

KOMPONEN/SKOP PROJEK :

  • Menaiktaraf rangkaian stesen pam sediaada (NPS) LKI030 dari 3,970PE semasa kepada 10,000PE termasuk penggantian paip pembetungan bertekanan (force main) ke point yang telah ditetapkan.
  • Merekabentuk  dan membina paip pembetungan baru di sepanjang Jalan Teluk Baru dari Unkaizan Japanese Restaurant ke lurang sediaada (MH-B1) yang terletak di persimpangan ke loji rawatan kumbahan LKI029.
  • Menaiktaraf paip pembetungan sediaada diameter 525mm ke saiz 600mm dari lurang sediaada MH-B1 ke loji rawatan kumbahan LKI029 untuk memenuhi kapasiti maksimum rekabentuk sebanyak 30,000 PE​

BUTIRAN PROJEK :

Tarikh Milik Tapak :  26 Januari 2016

Tarikh Siap             : 25 Julai 2017

Pautan

Status

Pembinaan

Kementerian/Jabatan

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jabatan Biokeselamatan (JBK)

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com