Select Page

Info Projek

Projek

Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan Di Bandar Kuantan, Pahang (Reka & Bina)

Kapasiti (PE)

200,000PE (400,000 Ultimate PE)

Tarikh Milik Tapak

20/02/2018

Tarikh Siap

22/02/2022

Keterangan

LATAR BELAKANG PROJEK:

Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Bandar Kuantan, Kuantan, Pahang merupakan projek pembetungan yang telah diluluskan untuk dilaksanakan di bawah pembiayaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Projek ini adalah selaras dengan syor kajian ‘Sewerage Local Plan Study for Kuantan District’ (August 2006) yang telah dijalankan oleh perunding Erinco Sdn. Bhd., di mana sebuah loji rawatan kumbahan serantau perlu dibina bagi menampung kawasan tadahan pembetungan Bandar Kuantan dan Bandar Indera Mahkota.

Kawasan keseluruhan tadahan pembetungan Daerah Kuantan adalah berkeluasan 677.94 km² dan meliputi lapan (8) kawasan sub-tadahan pembetungan. Walau bagaimanapun, tumpuan khusus projek ini adalah untuk meningkatkan liputan perkhidmatan sistem pembetungan secara bersepadu di kawasan tadahan pembetungan Kempadang dan Bandar Kuantan sahaja bagi menampung pertumbuhan pembangunan sedia ada sehingga tahun 2035.

 

Kerja-kerja pipe jacking dari MH5a-8 ke MH5a-7 (VCJP 225mm)

Kerja jacking pilot tube dari MH4i-15 ke MH4i-14 (RCJP 600mm)

Kerja –kerja penambakan tanah di CSTP (Lapisan kedua – Aras 2.5 sehingga 3.0m)

KOMPONEN/SKOP PROJEK

  • Pembinaan loji rawatan kumbahan serantau berkapasiti 200,000PE (Fasa 1) dengan PE maksimum sebanyak 400,000PE lengkap dengan fasiliti rawatan enapcemar.
  • Pembinaan sistem rangkaian paip pembetungan sepanjang 64.6 km bagi menampung air kumbahan sehingga 400,000PE. Ianya  termasuk kerja-kerja penanaman paip secara ‘pipe jacking’ merentasi Sungai Kuantan.
  • Pengubahsuaian dan penaiktarafan sebanyak lima (5) buah stesen rumah pam.
  • Menutup dan menyambungkan sebanyak 100 buah loji rawatan kumbahan awam dan 65 buah loji rawatan kumbahan persendirian (yang terletak di dalam premis-premis Kerajaan) kepada sistem rangkaian pembetungan utama yang akan dib

BUTIRAN PROJEK :​

Tarikh Milik Tapak     :  20 Februari 2018
Tarikh Siap                  :  19 Februari 2022

 

Pautan

Status

Pembinaan

Kementerian/Jabatan

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jabatan Biokeselamatan (JBK)

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com