ARKIB BERITA

18 Januari jam, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ,Perdana Menteri Malaysia pada hari ini telah mengadakan lawatan kerja untuk meninjau pelaksanaan projek pembetungan di Loji Rawatan Kumbahan Pantai Tengah, Pulau Langkawi yang menggunakan teknologi Advanced Moving Bed BioReactor (AMBBR). Hadir bersama dalam lawatan kerja tersebut ialah YB. Dato’ Dr. @xavierjayakumar , Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Projek ini merupakan satu projek perintis yang dilaksanakan bagi melihat keberkesanan teknologi AMBBR dalam rawatan fizikal dan biologi air kumbahan seterusnya dapat meningkatkan kualiti efluen yang dihasilkan. KATS melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah menyelia projek tersebut dimana ianya siap pada tahun 2018 dan kini dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) sebelum diserahkan kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd pada Jun 2020.​

Kementerian/Jabatan

MyGOV Portal

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ( PETRA )

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Bahagian Bekalan Air ( BBA )

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com