Sebagai tanda komitmen jabatan dalam usaha membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan pada 22 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Putrajaya International Conventional Centre. Acara lafaz dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah, Ketua Pengarah JPP dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Razim bin Mohd Noor, Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Majlis turut diisi dengan sesi dialog oleh Tuan Mohamad Izam bin Abd Nasir, Penolong Pesuruhjaya SPRM selain acara gimik tayangan montaj Ikrar Bebas Rasuah. Penglibatan kalangan warga JPP dalam sesi soal jawab memperlihatkan kesungguhan warga jabatan dalam usaha membentuk penjawat awam yang telus bagi mencegah segala bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Kementerian/Jabatan

MyGOV Portal

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ( PETRA )

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Bahagian Bekalan Air ( BBA )

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com