Info Projek

Projek

Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbuhan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan Di Kota Star, Kedah Darul Aman(Reka & Bina)

Kapasiti (PE)

100,000PE

Tarikh Milik Tapak

1/02/2018

Tarikh Siap

31/01/2022

Keterangan

LATAR BELAKANG PROJEK :

Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan pembetungan di Kedah, Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) merancang untuk menyediakan satu sistem pembetungan berpusat bagi tadahan pembetungan Kota Setar. Langkah ini bertujuan untuk mengawal punca pencemaran kumbahan ke badan air dan meningkatkan nisbah penerimaan liputan perkhidmatan pembetungan secara bersambung.

Kesemua kumbahan akan dialirkan ke rangkaian serantau pembetung yang baru yang akhirnya membawa kepada satu loji rawatan kumbahan berpusat yang terletak di Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah. Kawasan tadahan Kota Setar terletak di bahagian utara dan selatan Sungai Kedah meliputi kawasan seluas 61km². Kawasan tadahan ini meliputi kawasan utama seperti Bandaraya Alor Setar yang merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Kedah Darul Aman. Pada masa ini, kawasan tadahan Kota Setar belum lagi mempunyai sistem pembetungan berpusat.

 

Pemeriksaan Last Manhole KSR 035

KOMPONEN/SKOP PROJEK :

  • Menyediaan reka bentuk projek.
  • Membina loji rawatan kumbahan 100,000 PE (fasa 1) dengan PE muktamad 300,000 PE);
  • Membina rangkaian paip pembetungan di zon A, B, C, D, E, F dan G meliputi sub tadahan Derga, Kota Setar dan Alor Malai;
  • Merasionalisasi dan menyahtauliah 28 loji awam sedia ada dan loji kumbahan di 16 premis Kerajaan.

BUTIRAN PROJEK:

Tarikh Milik Tapak : 1 Feb 2018        
Tarikh Siap              : 31 Jan 2022​

 

Pautan

Status

Pembinaan

Kementerian/Jabatan

MyGOV Portal

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ( PETRA )

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Bahagian Bekalan Air ( BBA )

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com