Info Projek
Projek
Loji Rawatan Kumbahan Serantau Di Bayan Baru, Pulau Pinang (Fasa 2)
200,000 PE ( 650,000 Untimate PE)
9/10/2015
25/05/2019
LATAR BELAKANG PROJEK :
Dibawah Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah RM440,500.00 juta telah diperuntukkan khas untuk program mempertingkatkan mutu perkhidmatan pembetungan bagi kawasan tadahan pembetungan di Bayan Baru, Pulau Pinang. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah diberi mandat untuk membina Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Bayan Baru, Pulau Pinang untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pembetungan bagi membantu meningkatkan kualiti air Sungai Kluang.
Pelaksanaan projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf loji rawatan kumbahan sedia ada dari 200,000 PE kepada 650,000 PE dengan menggunakan sistem Moving Bed Bio Reactor (MBBR). Luas keseluruhan tapak loji adalah 118,210 m² (29.21 ekar) manakala luas kawasan menaiktaraf loji adalah 39,050 m² (9.65 ekar). Loji Bayan Baru memberi perkhidmatan kepada kawasan Bayan Baru, Sungai Ara, Bukit Jambul, Sungai Dua, Sungai Nibong, Batu Uban dan Bayan kepada Free Trade Zone. Pelepasan efluen terawat adalah ke dalam Sungai Kluang dan seterusnya dialirkan ke laut yang berada 1km daripada tapak loji.

Form work at primary clarifier

Pemasangan Rebar

Aeration tank at primary clarifier
KOMPONEN/SKOP PROJEK :
-
Membina, menyiapkan, menguji dan mentauliah loji rawatan kumbahan dengan menggunakan sistem Moving Bed Bio Reactor (MBBR) untuk tambahan 450,000 PE bagi mematuhi kualiti efluen Kategori 1 Standard A.
BUTIRAN PROJEK :
Tarikh Milik Tapak : 9 Oktober 2015
Tarikh Siap : 25 Mei 2019
Pembinaan
Kementerian/Jabatan
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ( NRECC )
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Jabatan Biokeselamatan (JBK)
Badan Berkanun Persekutuan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Syarikat
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Indah Water Konsortium (IWK)