|
FUNGSI JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN UNTUK CAWANGAN JPP mempunyai pejabat-pejabat Cawangan iaitu: 1. Cawangan Tengah – Selangor dan Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan 2. Cawangan Selatan – N.Sembilan, Melaka dan Johor 3. Cawangan Timur- Pahang, Terengganu dan Kelantan 4. Cawangan Utara – Perak , P.Pinang, Kedah dan Perlis 5. Cawangan Sabah/Sarawak. Fungsi Cawangan adalah seperti berikut: • Menyelaras, mengurus, memantau dan mengawal program pelaksanaan projek sistem pembetungan bagi Rancangan Malaysia • Mewujudkan sistem pengurusan kualiti supaya pembinaan menepati spesifikasi tender dan tempoh pembinaan serta ‘standing supervision’. Koordinasi dengan Ibu Pejabat dalam memberikan input-input teknikal tentang keperluan kerja-kerja rasionalisasi, baik pulih, naik taraf loji rawatan kumbahan dan penyambungan ke paip pembetungan awam. • Menyelaras dan mengurus penghantaran notis penyambungan ke paip pembetungan awam. • Audit Teknikal dan Kualiti serta Audit Pematuhan Kontrak. • Menyediakan Perakuan Kelewatan dan Lanjutan masa, perakuan Siap Kerja dan Perakuan Membaiki Kecacatan . • Menguji dan mentauliahkan sistem pembetungan yang siap dibina.
• Menyelaras dan mengurus penerimaan, mengambil alih dan menyerahkan projek sistem pembetungan yang telah mendapat pentauliahan dan diserahkan kepada syarikat pengurusan aset. • Pemantauan dan penyenggaraan inventori aset sistem pembetungan di dalam pembinaan, telah siap pembinaan, akan dibina, perlu rasionalisasi, perlu dinaiktarafkan, perlu baik pulih dan keperluan penyambungan ke paip pembetungan awam melalui sistem rekod berkomputer dan ‘charting’ . • Menangani masalah-masalah/aduan/rungutan dari orang ramai/penduduk mengenai pelaksanaan projek sistem pembetungan.
|