Isnin,  6  September  2010
Ulti Clocks content
Objektif dan fungsi PDF Cetak E-mail

OBJEKTIF BAHAGIAN REKABENTUK

1.Untuk memastikan perjalanan diperingkat pra-kontrak berjalan dengan lancar, terurus dan     mengikut tatacara rekabentuk yang betul;

2.Untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh juruperunding menepati dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam terma rujukan;

3.Untuk memastikan kemajuan teknologi bagi industri pembetungan yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan rekabentuk;

4.Untuk memastikan penyediaan rekabentuk sistem pembetungan yang terbaik dari segi aplikasi, kos efektif dan mempunyai nilai estetika;

5.Untuk mempertingkat dan memperluas pengetahuan pengurusan dan teknikal kakitangan dalam industri pembetungan bagi membentuk satu pasukan rekabentuk jabatan yang mantap;

6.Untuk memajukan rekabentuk sistem pembetungan yang dinamik dan progresif ; dan

7.Peningkatan berterusan sistem sokongan pengurusan projek dan rekabentuk pembetungan.     


FUNGSI BAHAGIAN REKABENTUK

1.Mengurus, menyedia dan menyelaras kerja-kerja rekabentuk dan penyediaan dokumen tender samada yang disediakan oleh jabatan atau menggunakan khidmat perunding.

 2.Menyedia dan mengemaskini dari masa ke semasa manual design, spesifikasi dan standard drawing bagi kegunaan dan rujukan projek-projek pembetungan jabatan.

3.Mengurus, membuat ulasan dan melapor segala aspek teknikal berkaitan projek seperti kajian EIA, SIA, HAPOP dan sebagainya.

4.Mendokumentasikan semua bentuk dokumen, laporan reka bentuk, pengiraan rekabentuk dan laporan teknikal yang berkaitan dengan projek pembetungan Negara bagi memastikan dokumen tersebut direkodkan, disimpan dan dikawal secara rapi dan teratur supaya mudah dicapai.

5.Menjalankan audit teknikal semasa rekabentuk dan pembinaan.

6.Lain-lain fungsi yang diarahkan dari masa ke semasa.      

 

 

 


 

Terakhir Dikemaskini ( Rabu, 22 Oktober 2008 04:32 )