Malay (Bahasa Malaysia)
Ahad,  26  Mei  2013
Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Reka & Bina) PDF Cetak E-mail

 

PROJEK PEMBINAAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN PANTAI 2 WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR (REKA & BINA)

 

Laporan Kemajuan Kerja sehingga 21/04/2013 [Klik]

Laporan Kemajuan Kerja sehingga 03/03/2013 [Klik]

Laporan Kemajuan Kerja sehingga 03/03/2013 [Klik]

Laporan Kemajuan Kerja sehingga 01/11/2012 [Klik]

Laporan Kemajuan Kerja sehingga 03/10/2012 [Klik]

Laporan Kemajuan Kerja sehingga 02/09/2012 [Klik]

Laporan Kemajuan Kerja sehingga 05/08/2012[Klik]

Laporan Kemajuan Kerja sehingga 15/07/2012[Klik]

___________________________________________________________________________________________________

Pelan Komunikasi Pantai2 STP klik di sini 

PEMBINAAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN SERANTAU PANTAI 2,

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

 

Projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 ( Pantai 2 Sewage Treatment Plant :P2 STP) merupakan sebuah projek di bawah Rancangan Malaysia ke-10 bagi menaiktaraf kapasiti rawatan kumbahan di kawasan tadahan Pantai dari kapasiti sediada sebanyak 550,000 PE kepada 1.423 juta PE.

Kawasan tadahan seluas 6,700 hektar ini meliputi Bandar Baru Sentul, Sentul Raya, sebahagian dari pusat komersial Bandaraya Kuala Lumpur, Bangsar, kawasan rekreasi Bukit Kiara, sebahagian Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya dan lain-lain.

Projek yang berinovatif ini bertujuan bagi menariktaraf loji kolam pengudaraan (aerated lagoon) sediada kepada sebuah loji bermekanikal sepenuhnya mengaplikasikan teknologi Advanced A2O yang sebahagian besarnya akan dibina di bawah tanah manakala sistem rawatan enapcemar yang moden dan tertutup sepenuhnya akan dibina di bahagian atas tanah.

Dijangkakan teknologi rawatan ini akan dapat menghasilkan tahap efluen terawat Standard A sebagaimana dikehendaki oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009). Disamping berupaya menghasilkan efluen berkualiti tinggi, loji ini juga mampu menghapuskan kandungan fosforus dan nitrogen di dalam efluen. Teknologi Advanced A2O ini juga mempunyai beberapa kebaikan termasuk penggunaan tanah yang berskala kecil (small footprint) serta operasi yang stabil dan fleksibel.

Saiz tapak seluas 16.8 hektar ini juga akan dibina tempat rekreasi dan sukan termasuk sebuah dewan komuniti di bahagian atasnya bagi kegunaan penduduk sekitar. Kemudahan sukan yang akan disediakan adalah termasuk padang bola sepak, gelanggang tenis, bola keranjang, bola tampar dan 4 buah gelanggang futsal.

Pelbagai elemen teknologi hijau telah diserapkan ke dalam rekabentuk projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 ini dan di antaranya adalah penggunaan semula efluen terawat dan penjanaan tenaga elektrik melalui enjin biogas (biogas diperolehi melalui rawatan enapcemar).

 

Perincian utama  tentang projek ini adalah seperti berikut:-

 

Kawasan Tadahan Pembetungan Kuala Lumpur

 

 

 

Kawasan Tadahan Pembetungan Pantai, Kuala Lumpur. (berwarna merah)

 

Lokasi projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2

 

Keadaan tapak pembagunan sebelum projek bermula

Persekitaran tapak porjek (Pandangan udara-timur)

Persekitaran tapak projek (Pandangan udara)

Artist Impression - Pelan Keseluruhan tapak projek

Plan layout Kemudahan Awam

(Padang Bola, Gelanggang Futsal, Bola Keranjang, Sepak Takraw, Bola Tampar, Tennis, Jogging Track, Tman Permainan, Dewan Komuniti)

Tangki proses rawatan kumbahan di bawah tanah

Keratan rentas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2

 

LAST_UPDATED2