Isnin,  6  September  2010
Ulti Clocks content
Perutusan Ketua Pengarah 2010 PDF Cetak E-mail

 

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Kemudahan infrastruktur pembetungan kini telah pun dianggap sebagai salah satu tanda aras kemajuan sesebuah negara. Di samping memastikan alam sekitar dan sumber air terpelihara, keperluan ini menjadi lebih serius apabila negara menjadi salah satu destinasi pelancongan dunia. Untuk tujuan ini, pengembelingan usaha pelbagai pihak di sektor awam, swasta dan NGO amat diperlukan. JPP adalah salah satu ’key player’ dalam usaha ini. Tahun 2009 merupakan tahun kedua (2) JPP menggalas tanggunjawab sebagai penyedia infrstruktur perkhidmatan pembetungan awam yang merupakan ”core business” JPP.

 Dalam mencapai cita-cita dan aspirasi negara untuk mempastikan insfrastruktur pembetungan mencapai tahap yang sama dengan negara-negara maju, langkah-langkah pengukuhan dan penambahbaikan JPP sedang giat dilaksanakan. Antaranya adalah penstrukturan semula JPP telah berada di peringkat akhir iaitu mendapat kelulusan JPA. Selepas kelulusan ini, maka pengurusan dan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur pembetungan akan dapat dilaksanakan dengan lebih effisen, teratur dan berterusan. Dengan penstrukturan JPP, ini bermakna JPP telah menjadi sebuah Jabatan Teknikal sepenuhnya seperti JKR dan JPS. Pengiktirafan ini memberi akan peluang kepada JPP untuk mengumpul dan mengasah kepakaran dan teknologi dalam bidang pembetungan dan seterusnya memasarkan kepakaran dan teknologi ini ke luar negara.

 Peka dan sensitivi dengan isu semasa, beberapa penambahbaikan telah dilakukan. Antaranya adalah menjalankan kerjasama diantara Jabatan dengan Penerbitan Filem Negara. Modul kapsul dan dokumentari untuk siaran iklan di televisyen dan menerusi paparan laman web Jabatan bagi kempen kesedaran telah dilaksanakan. Ini adalah untuk mewujudkan suatu sifat dan nilai kesedaran yang diterjemahkan melalui persembahan visual supaya masyarakat awam mendapat gambaran sebenar tentang sistem pembetungan di Negara kita. Bahkan ianya juga dapat mendidik masyarakat umum supaya lebih prihatin dalam memulihara penggunaan aset pembetungan sediada.

 Di samping itu, bagi meningkatkan tahap kualiti kerja yang cekap, amanah dan dedikasi Jabatan telah mengenalpasti serta mengadakan kursus, latihan dan seminar untuk dihadiri. Begitu juga dengan informasi-informasi terkini yang boleh di akses menerusi laman web Jabatan yang kini telah berwajah baru bukan saja dari segi keterampilan malah dengan informasi terkini selaras dengan perkembangan teknologi masa kini. Penyediaan program kursus, latihan dan seminar yang berbentuk teknikal dan pentadbiran juga diharap dapat membantu melicinkan proses turutan kerja secara kolektif. Adalah diharap agar suatu budaya kerja dan perhubungan yang baik dapat dijalinkan serta diwujudkan samada di peringkat Kementerian Tenaga, Teknologi HIjau dan Air (KeTTHA), SPAN, IWK dan orang awam.

JPP semakin pantas mengorak langkah dalam merealisasikan impian negara sebagai sebuah negara maju dari segi penyediaan infrastruktur perkhidmatan pembetungan. Ini dapat dilihat dengan terlaksananya projek-projek seperti Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pantai, Kuala Lumpur, Loji Rawatan Kumbahan Jelutong.

Sama ada kita sedar atau tidak, Malaysia hari ini mempunyai kemudahan perkhidmatan dan sistem pembetungan antara yang terbaik di rantau ini. Sejumlah 17 juta penduduk atau 65 % mendapat akses kepada sistem rawatan kumbahan berpusat yang disalurkan melalui rangkaian paip pembetungan sepanjang 17,000 km. 

 Sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

Terakhir Dikemaskini ( Selasa, 23 Februari 2010 07:03 )