|
Objektif Bahagian
Objektif utama Bahagian ini menguruskan operasi harian dan memberikan khidmat sokongan kepada beberapa bahagian di peringkat Ibu Pejabat dan empat (4) pejabat cawangan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan dan seterusnya melaksanakan dasar – dasar Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
Fungsi Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia
Perancangan tenaga manusia dan pembangunan organisasi:
- Menguruskan pengiktirafan pegawai menerusi Laporan Penilaian restasi Tahunan (LNPT), urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan, urusan penganugerahan.
- Mengurus tatatertib dan pengisytiharan harta pegawai
- Menguruskan progam kualiti, program keutuhan dan integriti meningkatkan kompetensi dan keupayaan pegawai dan organisasi
- Menguruskan ha-hal berkaitan dengan perkhidmatan
- Menyelaras dan menguruskan rekod / data perjawatan Jabatan termasuk pengkalan data Sistem Maklumat Pengurusan Personel berdasarkan pelaksanaan HRMIS oleh JPA
- Menguruskan permohonan kelulusan kemudahan dan elaun warga JPP
Pengurusan Pentadbiran
- Bertanggungjawab ke atas pengurusan dokumen dan surat-menyurat jabatan
- Menguruskan keselamatan dan keceriaan jabatan
- Menguruskan aset dan stor jabatan
- Menyelaras permohonan kemudahan pinjaman kerajaan seperti pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
- Mengurus dan menyelaras majlis rasmi/lawatan rasmi jabatan
- Menguruskan penerbitan bahan terbitan jabatan
Pengurusan Kewangan
- Mengurus belanjawan mengurus Jabatan
- Memantau prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan
- Melaksanakan perolehan peruntukan mengurus Jabatan
- Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Akaun dan Kewangan Jabatan
- Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan kewangan
- Menguruskan dan menyelaras pertanyaan Audit
- Mengurus dan memproses pembayaran gaji, elaun, tuntutan dan semua bayaran menggunakan peruntukan mengurus, peruntukan pembangunan dan akaun amanah
- Mengurus terimaan/ hasil Jabatan
- Mengurus Akaun Belum Terima
- Menguruskan Akaun Amanah/Deposit Jabatan.
- Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Akaun dan Kewangan Jabatan
|
|
Terakhir Dikemaskini ( Khamis, 22 Julai 2010 01:55 )
|