Malay (Bahasa Malaysia)
Ahad,  26  Mei  2013
Objektif Dan Fungsi PDF Cetak E-mail

FUNGSI


Fungsi utama Bahagian Pengurusan  Projek mengurus pelaksanaan projek-projek pembetungan bagi menyediakan kemudahan sistem rawatan air kumbahan dan enapcemar di seluruh negara selaras dengan Visi dan Misi Jabatan.


OBJEKTIF – OBJEKTIF


a)Memastikan projek disiapkan dalam masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.

b)Penghasilan produk berkualiti  berasaskan amalan profesionalisme yang terbaik dan melalui audit kepastian kualiti.

c)Menadbir kontrak projek demi pencapaian kehendak syarat-syarat kontrak yang ditetapkan seperti  bayaran kemajuan kerja, pengeluaran arahan perubahan kerja, kelulusan perubahan kerja, penyelarasan harga kontrak, lanjutan masa, sijil siap kerja, sijil siap membaiki kecacatan.

d)Pemuliharaan alam sekitar dengan melaksanakan pelan pengurusan alam sekitar selaras dengan kehendak-kehendak akta-akta berkenaan.

e)Pemuliharaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras dengan kehendak-kehendak akta-akta berkenaan.

f)Menyelaras dan memupuk kerjasama dengan agensi-agensi lain seperti TNB, TM, Bekalan Air Negeri, JKR, PBT, PTG dalam kerja yang melibatkan pengalihan kemudahan awam, urusan pengambilan balik tanah demi melancarkan pelaksanaan projek pembetungan.

g)Mengurus dan menyelesaikan aduan yang timbul berkaitan dengan projek selaras dengan piagam pelanggan Jabatan.

h)Memenuhi kepuasan pelanggan, sebagai strategic partner, dengan penyerahan projek yang berkualiti.

i)Membangunkan kecekapan baru dan model insan melalui pengurusan projek. 

 

 

LAST_UPDATED2