Isnin,  6  September  2010
Ulti Clocks content
Objektif Dan Fungsi Bahagian Pembangunan PDF Cetak E-mail

 OBJEKTIF BAHAGIAN PEMBANGUNAN

 1. Menentukan program, projek dan aktiviti pembangunan Jabatan dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan untuk membangunkan dan menyediakan infrastruktur sistem pembetungan yang moden dan praktikal.

 2. Membelanjakan peruntukan pembangunan Jabatan secara optimum berdasarkan perancangan yang ditetapkan.

 3. Menyediakan laporan komprehensif yang tepat dan terkini mengenai kemajuan projek-projek pembangunan Jabatan kepada Kementerian/ Kerajaan Negeri / Agensi- agensi berkaitan

 


FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN

1. Mengenalpasti keperluan dan keutamaan pelaksanaan pembangunan projek pembetungan baru, baik pulih dan naik taraf;

2. Menyedia, menyemak dan mengemaskini cadangan pembangunan dan anggaran peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun;

3. Menyedia, menyemak dan menyelaras cadangan pembangunan dan anggaran peruntukan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Lima Tahun (mid term review);

4. Menyedia, menyemak, mengemaskini dan memantau anggaran peruntukan tahunan; dan

5. Menyedia dan mengemaskini laporan fizikal dan kewangan belanjawan pembangunan.

 

Terakhir Dikemaskini ( Selasa, 18 November 2008 06:28 )