|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Rabu, 10 September 2008 01:59 |
SOALAN : Bagaimanakah peruntukan tahunan bagi Anggaran Belanja Pembangunan disediakan? Kenapa perlunya diadakan Penilaian Pembangunan Berapakah bilangan loji-loji yang dibaikpulih / dinaiktaraf bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9)? Adakah kelulusan sistem pembetungan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan pembetungan? Adakah permohonan baru dan pembaharuan lesen masih diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan? Adakah lesen JPP kelas D masih sah digunakan untuk memasuki tender Jabatan Perkhidmatan Pembetungan bermula daripada 1 Januari 2008? JAWAPAN: Bagaimanakah peruntukan tahunan bagi Anggaran Belanja Pembangunan disediakan? JAWAPAN : - (i) Bahagian Pembangunan akan mengeluarkan memo keperluan peruntukan tahunan projek pembangunan dan diedarkan kepada Bahagian/ Agensi berkaitan. (Projek Pembangunan adalah tertakluk kepada projek yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun).
- (ii) Setelah menerima maklumbalas dari Bahagian/ Agensi berkaitan, semakan permohonan akan dibuat dan diselaraskan berdasarkan keperluan/ keutamaan.
- (iii) Satu laporan permohonan akan disediakan menggunakan borang ABP dan dibentangkan kepada pengurusan untuk kelulusan.<.li>
- (iv) Permohonan yang telah dipersetujui oleh pengurusan akan dimajukan kepada Kementerian untuk tindakan selanjutnya.
[ Kembali ] Kenapa perlunya diadakan Penilaian Pembangunan? JAWAPAN : - Penilaian Pembangunan diadakan bagi mengukur sama ada sesuatu dasar, program atau projek yang dicadangkan mencapai matlamat yang ditetapkan serta mendatangkan faedah kepada kumpulan sasar atau sebaliknya. Selain dari menilai keberhasilan (outcome) dan impak program pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), hasil penilaian turut dijadikan input bagi memperbaiki proses perancangan bagi program atau projek yang sama di masa hadapan.
[ Kembali ] Berapakah bilangan loji-loji yang dibaikpulih / dinaiktaraf bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9)? JAWAPAN : - 438 buah loji dengan Negeri Perak adalah negeri mempunyai bilangan loji yang terbanyak iaitu 92 buah loji.
[ Kembali ] Adakah kelulusan sistem pembetungan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan pembetungan? JAWAPAN : - Setelah berkuatkuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta IPA 655) mulai 1 Januari 2008, semua kelulusan sistem pembetungan diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
[ Kembali ] Adakah permohonan baru dan pembaharuan lesen masih diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan? JAWAPAN : - Dengan berkuatkuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta IPA 655) mulai 1 Jan 2008, semua urusan yang melibatkan permohonan baru dan pembaharuan lesen telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
[ Kembali ] Adakah lesen JPP kelas D masih sah digunakan untuk memasuki tender Jabatan Perkhidmatan Pembetungan bermula daripada 1 Januari 2008? JAWAPAN : - Lesen JPP kelas D yang masih sah tempohnya dibenarkan memasuki tender Jabatan Perkhidmatan Pembetungan manakala bagi yang telah luput tempoh sahnya , perlu menggunakan permit mengikut jenis bidang kerja yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
[ Kembali ]
|
|
Terakhir Dikemaskini ( Isnin, 22 Disember 2008 07:16 )
|