OBJEKTIF BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
1.Memberi perkhidmatan perunding kejuruteran mekanikal dan elektrikal sesuai dengan perkembangan teknologi masakini seperti rekabentuk dan pengawasan perkhidmatan mekanikal dan elektrikal sehingga penyerahan projek, termasuk kerja penyelenggaraan selepasnya. 2.Memastikan semua urusan yang berkaitan kerja elektrikal dan mekanikal samada dalam memberikan input rekabentuk dan pengurusan projek di tadbir dengan cekap dan sempurna serta mencapai tahap servis yang memuaskan. 3.Memantapkan operasi rekabentuk sistem M&E serta pelaksanaan pengurusan projek agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada bahagian-bahagian lain dan dapat bekerja sebagai satu pasukan projek dalam organisasi matrik. 4.Menjadikan Bahagian M&E sebagai pusat kepakaran dalam bidang ilmu kejuruteraan mekanikal dan elektrikal untuk menghasilkan produk yang kreatif, inovatif dan menggunakan teknologi terkini yang bersesuaian dalam sistem pembetungan. Dengan adanya kepakaran ini mereka dapat memberikan khidmat perundingan kepada pasukan operasi rekabentuk, melaksanakan sendiri rekabentuk yang sukar dan melaksanakan kajian terhadap produk dan teknologi yang baru. 5.Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisyen dan efektif. FUNGSI BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
1.Merekabentuk sistem perkhidmatan mekanikal & elektrikal . 2.Menguruskan proses tender sebutharga dan perolehan berkenaan sistem mekanikal & elektrikal. 3.Menyelia dan menyelaraskan serta memantau semua aktiviti pembinaan. 4.Menguruskan pengujian dan pentauliahan perkhidmatan mekanikal dan elektrikal. 5.Menyelaras dan memantau kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan loji yang diserahkan kepada operator. 6.Memberikan khidmat perundingan kepada pasukan operasi rekabentuk, melaksanakan sendiri rekabentuk yang sukar dan melaksanakan kajian terhadap produk dan teknologi yang baru. 7.Mengkaji cadangan-cadangan teknikal termasuk perubahan kepada rekabentuk dan peralatan yang dikemukakan oleh pembekal, kontraktor dan operator loji.
|