Malay (Bahasa Malaysia)
Ahad,  26  Mei  2013
Laman Utama►Perihal Kami►Bahagian►Khidmat Runding, Penyelidikan & Latihan
OBJEKTIF & FUNGSI PDF Cetak E-mail

OBJEKTIF BAHAGIAN KHIDMAT RUNDING, PENYELIDIKAN DAN LATIHAN

  1. Merancang, menyedia dan menyelaras kursus dan latihan untuk semua pegawai dan kakitangan teknikal.
     
  2. Menyediakan rancangan dan bajet tahunan untuk kursus dan latihan.
     
  3. Merancang, mengurus keperluan dan perbelanjaan peruntukan Belanjawan Tahunan Bahagian.
     
  4. Bertanggungjawab merangka, membangun, menyelaras dan menjalankan Program Pembangunan Kemahiran dan Latihan Teknikal yang berkaitan sektor atau industri pembetungan.
     
  5. Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian dalam menggubal, melaksana, memantau dan menilai dasar industri perkhidmatan pembetungan.
     
  6. Menasihati Kementerian dalam aspek teknikal dalam merancang, menyelia dan menyelaras mekanisme pelaksanaan dasar dan program-program berkaitan industri pembetungan.
     
  7. Menyelaras  sistem aduan di ibupejabat dan menangani masalah/aduan/rungutan orang ramai mengenai pelaksanaan projek sistem pembetungan.
     
  8. Menyelaras peralatan teknologi maklumat Jabatan termasuk mengemas kini laman web JPP dari masa ke semasa, mengenal pasti keperluan peralatan teknologi maklumat serta penyelarasan dengan Bahagian Teknologi Maklumat KTAK.
     
  9. Merancang, mengurus keperluan dan perbelanjaan peruntukan Belanjawan Tahunan Bahagian.

 

 

FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT RUNDING, PENYELIDIKAN DAN LATIHAN

  1. Memberi bantuan teknikal yang berkaitan dengan reka bentuk yang timbul di peringkat pembinaan dari segi struktur dan kekuatan serta kesesuaian tapak loji pembetungan.
     
  2. Memastikan semua peralatan yang dibekalkan dalam pemprosesan air kumbahan memenuhi spesifikasi supaya efluen yang dikeluarkan boleh dilepaskan terus ke perairan daratan.
     
  3. Menyemak dan menjalankan kajian terperinci semasa rekabentuk sistem pembetungan tentang penggunaan enap cemar (sludge) dan gas yang terhasil boleh dikitar semula atau digunapakai untuk menghasilkan tenaga elektrik dan akan menjimatkan kos operasi. 
     
  4. Menyemak serta menjalankan kajian terperinci kepada efluen yang dihasilkan dari loji agar boleh dikitar semula untuk keperluan lain. 
     
  5. Mengekalkan kepakaran khusus pegawai-pegawai berkaitan rawatan air kumbahan dan pembinaan loji-loji pengolahan kumbahan.
     
  6. Mewakili Jabatan dalam seminar dan simposium antarabangsa yang memerlukan penjelasan dan kepakaran khusus dalam bidang-bidang yang berkaitan dalam merekabentuk dan membina loji-loji pengolahan kumbahan dan sistem pembetungan.
     
  7. Mengenalpasti kursus dan latihan yang sesuai diikuti pegawai dan kakitangan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
     
  8. Mengenalpasti serta membina modul-modul latihan teknikal berkaitan sistem pembetungan dan menyelaras bersama badan-badan akereditasi.
     
  9. Menyelaras  serta menyediakan terma rujukan panel penilai pengiktirafan kursus/latihan bagi sektor pembetungan.
     
  10. Menyelaras dan mengubal soalan-soalan untuk peperiksaan PTK bagi jawatan-jawatan tertutup JPP (jawatan-jawatan teknikal) termasuk Juruteknik, Pembantu Teknik dan Jurutera Gred J41.
     
  11. Menyelaras kursus-kursus PTK bersama Bahagian Sumber Manusia KTAK untuk pegawai Pengurusan dan Profesional JPP (jawatan tertutp) untuk J44 dan  ke atas.
     
  12. Menyediakan dan melaksanakan program latihan teknikal untuk kakitangan JPP semua peringkat.
     
  13. Merancang dan menyelaras serta menyediakan laporan bulanan dan bulletin JPP.
     
  14. Mengurus laporan suku tahunan Jabatan untuk Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Ibu Pejabat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) setiap 3 bulan sekali.
     
  15. Menyelaras dan membina rangkaian dan perhubungan termasuk dengan semua intitusi pendidikan dan universiti dalam  menyediakan modul latihan dan kepakaran dalam pembetungan.

 

LAST_UPDATED2