Welcome to Jabatan Perkhidmatan Pembetungan   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
bahasa:

Sample Data-Articles

Akaun Amanah Membangun/ Menaiktaraf Sistem Pembetungan Untuk Pembangunan Baru (83803)

Tujuan

Akaun ini di tubuhkan dengan tujuan bagi :-

  • Menerima bayaran-bayaran wang sumbangan daripada pemaju-pemaju projek pembangunan sebagai wang sumbangan yang diamanahkan untuk Menerima bayaran daripada pihak pemaju (secara penunaian jaminan bon)   akibat kos pembaik pulih yang perlu dibuat terhadap sistem pembetungan awam dalam tempoh masa jaminan iaitu satu tahun selepas ianya diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan; dan
      • membangun dan
      • menaik taraf sistem pembetungan untuk memenuhi keperluan pembetungan di kawasan pembangunan
  • menerima bayaran daripada pihak pemaju (secara penunaian jaminan bon) akibat kos pembaik pulih yang perlu dibuat terhadap sistem pembetungan awam dalam tempoh masa jaminan iaitu satu tahun selepas ianya diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan; dan
  • Membayar segala kos kerana membangun/menaiktaraf  sistem pembetungan untuk pembangunan baru; dan membiayai penyelidikan dan pembangunan sistem pembetungan negara.

Pentadbiran Akaun

Akaun ini ditadbir oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Senarai keahlian jawatankuasa adalah seperti berikut:

 

Ketua Setiausaha                                            

Kemeterian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

   Pengerusi

Ketua Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan

Timbalan Pengerusi

Setiausaha Bahagian Kanan

Sektor Air

Kemeterian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Ahli

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Pembangunan dan Kewangan Kemeterian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Ahli

Akauntan

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan

Setiausaha

 

Sebanyak 68 projek telah diluluskan pelaksanaan di bawah pembiayaan akaun amanah ini. Projek-projek ini melibatkan aktiviti fizikal seperti pembinaan loji rawatan kumbahan, pembinaan rangkaian paip, membaik pulih dan menaik taraf loji rawatan kumbahan, pemeriksaan kerosakan paip, membaik pulih dan menaik taraf rangkaian paip, rasionalisasi loji, penyambungan hartanah, kerja-kerja pemagaran tapak loji serta aktiviti bukan fizikal seperti kajian tadahan, kutipan data, kajian rintis dan pengambilan tanah untuk maksud pembetungan.

Antara projek-projek utama yang dilaksanakan adalah seperti berikut : 

    • Projek Perkongsian Kos Dengan Pemaju
      Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan di Tampin, Negeri Sembilan
        • Loji Rawatan Kumbahan di Bukit Antarabangsa
        • Loji Rawatan Kumbahan di Bukit Raja, Klang
        • Loji Rawatan Kumbahan di Perda, Pulau Pinang
        • Loji Rawatan Kumbahan di Dengkil, Selangor
    • Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan di Tampin, Negeri Sembilan
    • Rangkaian Paip Pembetungan di Lobak 2, Seremban, Negeri Sembilan
    • Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Loji Rawatan Kumbahan Sedia Ada
      (Pakej E17, E18, A20, A21, A22, B17, B18, D27 dan D31).

    • Kerja-Kerja Pemeriksaan CCTV dan Membaik Pulih Rangkaian Paip Pembetungan Secara Trenchless Technology.Kerja baik pulih di bawah Pakej G02 di Georgetown Pulau Pinang, G03 di Labuan, G04 di Kuala Lumpur dan G05 di Negeri Sembilan)
        • Kerja pemeriksaan CCTV di bawah Pakej F12, F13, F14 dan F15
        • Kerja baik pulih
    • Pengambilan dan Pemagaran Tanah Tapak Rezab Pembetungan
    • Kajian Tadahan (Tasik Kenyir, Clan Jetty dan Kukup)
    • Kerja-Kerja Penyambungan Hartanah di Kangar, Sunggala, Melaka dan Langkawi
    • Kajian Kutipan Loji Di Premis Kerajaan Sepanjang Lembangan Sungai
    • Kajian Kecekapan Tenaga
    • Kajian Pilot Projek Biochar
    • Baik Pulih Loji Di Premis Kerajaan di Langat dan Pahang
    • Pembinaan Jelutong Visitor Centre

 

SistemAduan

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik di sini.

PAUTAN
Pengumuman :
Selamat Datang ke Laman Web JPP
Isnin 18th Jun 2018 9:58:27 AM
 logo kettha  PEMANDU  pantai2 span   jbapng doe mampu msc mygov  indahwater PRESTARIANG logo 200317
Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
l Tarikh Kemaskini: 18/06/ 2018

blueyellowgreenred

A- A A+

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | w3c | Bantuan | Peta Laman   

rss facebook twitter youtube qrcode.png

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 1024 menggunakan pelayar firefoxchromeexplorersafariopera
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech