Welcome to Jabatan Perkhidmatan Pembetungan   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
bahasa:

Sample Data-Articles

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah ditubuhkan pada tahun 1994 ekoran parlimen Malaysia meluluskan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (AKTA 508). Tujuan utama JPP ditubuhkan adalah untuk mengawal selia perkhidmatan dan sistem pembetungan sedia ada dan dikendalikan oleh sama ada pihak kerajaan atau persendirian di seluruh Negara. Sehingga kini operasi pembetungan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia telah diambil alih oleh JPP kecuali PBT di Negeri Kelantan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan PBT Pasir Gudang juga PBT di Negeri Sawarak dan Sabah.

Sebaik sahaja AKTA 508 diluluskan semua pembetungan awam yang asalnya di bawah bidang kuasa dan dikendalikan Pihak Berkuasa Tempatan telah dipindahkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa JPP. Sementara itu pihak kerajaan telah menandatangani satu perjanjian konsesi dengan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) untuk mengoperasi dan menyelenggara sistem-sistem pembetungan tersebut. Di samping itu, di bawah perjanjian konsesi, IWK bertanggungjawab membangun dan menyediakan fasiliti baru bagi memenuhi permintaan semasa dan akan datang dengan mendapat pinjaman mudah dari kerajaan.

Ekoran dari kegawatan ekonomi pada tahun 1998 pada bulan Jun 2000, pihak Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih saham IWK dan tanggungjawab IWK hanya terhad kepada kerja operasi dan penyelenggaraan sahaja di samping memungut caj pembetungan. Sementara itu, pelaksanaan semua projek capital pembetungan dan kerja-kerja baik pulih sistem pembetungan sedia ada melalui bajet Rancangan Malaysia (RMK) telah dipertanggungjawabkan kepada JPP termasuk memantau perbelanjaan pembangunan dan peruntukan sektor pembetungan untuk Negeri Sabah dan Sarawak (melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan).

Senario baru ini telah menyebabkan fungsi JPP bukan sahaja terhad kepada kawal selia Syarikat Konsesi sahaja tetapi juga bertanggungjawab secara langsung dalam pembangunan, perolehan, pelaksanaan, reka bentuk dan lain-lain. Fungsi sebagai badan kawal selia ini berakhir pada 31 Disember 2007.

Walau bagaimanapun, fungsi dan tanggungjawab baru JPP semakin bertambah terutama dengan pertambahan peruntukan setiap tahun dibawah RMK serta perkembangan terbaru dendang pelancaran koridor-koridor baru seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Koridor Pembangunan Utara (NCER), Koridor Pembangunan Pantai Timur (ECER). Koridor Sabah (SDC) dan Koridor Sarawak (SCOR) yang telah dilancarkan.

Di bawah peruntukan RMK sektor pembetungan kepada Sabah dan Sarawak, JPP telah dilantik sebagai penasihat teknikal pembetungan kepada kedua-dua negeri tersebut. Antara fungsi berkaitan Sabah dan Sarawak adalah membuat audit teknikal, memberi khidmat nasihat dan mengesahkan tuntuan bayaran pinjaman Kerajaan Persekutuan dari kerajaan negeri-negeri tersebut. Struktur sediaada tidak mampu bagi JPP meneruskan fungsinya secara berkesan sebagai sebuah jabatan teknikal yang mempunyai kepakaran khusus bidang pembetungan. Memandangkan tumpuan khusus Kerajaan Persekutuan kepada kedua-dua negeri tersebut termasuk peruntukan bajet yang tinggi, penubuhan Bahagian amatlah perlu.

JPP yang merupakan satu agensi teknikal kerajaan perlu memperkukuhkan kedudukannya untuk menyahut cabaran masa hadapan. Atas dasar ini yang menjadi nadi penggerak, Pengurusan JPP perlu membuat penyusunan semula untuk mencerminkan kekuatan JPP dalam aspek teknikal agar ianya dapat mengawalselia pembangunan dan pembinaan lebih banyak projek pembetungan pada masa hadapan. Justeru itu, bagi mengukuhkan lagi fungsi Bahagian Teknikal, penyusunan semula organisasi perlu dilakukan secara menyeluruh.

SistemAduan

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik di sini.

PAUTAN
Pengumuman :
Selamat Datang ke Laman Web JPP
Isnin 26th Februari 2018 7:48:41 AM
 logo kettha  PEMANDU  pantai2 span   jbapng doe mampu msc mygov  indahwater PRESTARIANG logo 200317
Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
l Tarikh Kemaskini: 26/02/ 2018

blueyellowgreenred

A- A A+

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | w3c | Bantuan | Peta Laman   

rss facebook twitter youtube qrcode.png

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 1024 menggunakan pelayar firefoxchromeexplorersafariopera
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech