Welcome to Jabatan Perkhidmatan Pembetungan   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
bahasa:

Uncategorised

Objektif Bahagian

  • Merancang, menyedia dan menyelaras kursus dan latihan untuk semua pegawai dan kakitangan teknikal.
  • Menyediakan rancangan dan bajet tahunan untuk kursus dan latihan.
  • Merancang, mengurus keperluan dan perbelanjaan peruntukan Belanjawan Tahunan Bahagian.
  • Bertanggungjawab merangka, membangun, menyelaras dan menjalankan Program Pembangunan Kemahiran dan Latihan Teknikal yang berkaitan sektor atau industri pembetungan.
  • Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian dalam menggubal, melaksana, memantau dan menilai dasar industri perkhidmatan pembetungan.
  • Menasihati Kementerian dalam aspek teknikal dalam merancang, menyelia dan menyelaras mekanisme pelaksanaan dasar dan program-program berkaitan industri pembetungan.
  • Menyelaras sistem aduan di ibupejabat dan menangani masalah/aduan/rungutan orang ramai mengenai pelaksanaan projek sistem pembetungan.
  • Menyelaras peralatan teknologi maklumat Jabatan termasuk mengemas kini laman web JPP dari masa ke semasa.
  • Merancang, mengurus keperluan dan perbelanjaan peruntukan Belanjawan Tahunan Bahagian.

Fungsi Bahagian

  • Memberi bantuan teknikal yang berkaitan dengan reka bentuk yang timbul di peringkat pembinaan dari segi struktur dan kekuatan serta kesesuaian tapak loji pembetungan.
  • Memastikan semua peralatan yang dibekalkan dalam pemprosesan air kumbahan memenuhi spesifikasi supaya efluen yang dikeluarkan boleh dilepaskan terus ke perairan daratan.
  • Menyemak dan menjalankan kajian terperinci semasa rekabentuk sistem pembetungan tentang penggunaan enap cemar (sludge) dan gas yang terhasil boleh dikitar semula atau digunapakai untuk menghasilkan tenaga elektrik dan akan menjimatkan kos operasi.
  • Menyemak serta menjalankan kajian terperinci kepada efluen yang dihasilkan dari loji agar boleh dikitar semula untuk keperluan lain.
  • Mengekalkan kepakaran khusus pegawai-pegawai berkaitan rawatan air kumbahan dan pembinaan loji-loji pengolahan kumbahan.
  • Mewakili Jabatan dalam seminar dan simposium antarabangsa yang memerlukan penjelasan dan kepakaran khusus dalam bidang-bidang yang berkaitan dalam merekabentuk dan membina loji-loji pengolahan kumbahan dan sistem pembetungan.
  • Mengenalpasti kursus dan latihan yang sesuai diikuti pegawai dan kakitangan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
  • Mengenalpasti serta membina modul-modul latihan teknikal berkaitan sistem pembetungan dan menyelaras bersama badan-badan akereditasi.
  • Menyelaras serta menyediakan terma rujukan panel penilai pengiktirafan kursus/latihan bagi sektor pembetungan.
  • Menyelaras dan mengubal soalan-soalan untuk peperiksaan PTK bagi jawatan-jawatan tertutup JPP (jawatan-jawatan teknikal) termasuk Juruteknik, Pembantu Teknik dan Jurutera Gred J41.
  • Menyelaras kursus-kursus PTK bersama Bahagian Sumber Manusia KeTTHA untuk pegawai Pengurusan dan Profesional JPP (jawatan tertutup) untuk J44 dan ke atas.
  • Menyediakan dan melaksanakan program latihan teknikal untuk kakitangan JPP semua peringkat.
  • Merancang dan menyelaras serta menyediakan laporan bulanan dan bulletin JPP.
  • Mengurus laporan suku tahunan Jabatan untuk Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Ibu Pejabat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) setiap 3 bulan sekali.
  • Menyelaras dan membina rangkaian dan perhubungan termasuk dengan semua intitusi pendidikan dan universiti dalam menyediakan modul latihan dan kepakaran dalam pembetungan.

 

SistemAduan

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik di sini.

PAUTAN
Pengumuman :
Selamat Datang ke Laman Web JPP
Isnin 22nd Oktober 2018 10:33:53 AM
 logo kettha  PEMANDU  pantai2 span   jbapng doe mampu msc mygov  indahwater PRESTARIANG logo 200317
Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
l Tarikh Kemaskini: 22/10/ 2018

blueyellowgreenred

A- A A+

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | w3c | Bantuan | Peta Laman   

rss facebook twitter youtube qrcode.png

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 1024 menggunakan pelayar firefoxchromeexplorersafariopera
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech