SOALAN LAZIM

1. Bagaimanakah peruntukan tahunan bagi Anggaran Belanja Pembangunan disediakan ?

Jawapan :

  1. Bahagian Pembangunan akan mengeluarkan memo keperluan peruntukan tahunan projek pembangunan dan diedarkan kepada Bahagian/ Agensi berkaitan. (Projek      Pembangunan adalah tertakluk kepada projek yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun).
  2. Setelah menerima maklumbalas dari Bahagian/ Agensi berkaitan, semakan permohonan akan dibuat dan diselaraskan berdasarkan keperluan/ keutamaan.
  3. ​Satu laporan permohonan akan disediakan menggunakan borang ABP dan dibentangkan kepada pengurusan untuk kelulusan.
  4. Permohonan yang telah dipersetujui oleh pengurusan akan dimajukan kepada Kementerian untuk tindakan selanjutnya.

 

2. Kenapa perlunya diadakan Penilaian Pembangunan ?

Jawapan :

Penilaian Pembangunan diadakan bagi mengukur sama ada sesuatu dasar, program atau projek yang dicadangkan mencapai matlamat yang ditetapkan serta mendatangkan faedah kepada kumpulan sasar atau sebaliknya. Selain dari menilai keberhasilan (outcome) dan impak program pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), hasil penilaian turut dijadikan input bagi memperbaiki proses perancangan bagi program atau projek yang sama di masa hadapan.

 

3. Berapakah bilangan loji-loji yang dibaikpulih / dinaiktaraf bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9)?

Jawapan :

438 buah loji dengan Negeri Perak adalah negeri mempunyai bilangan loji yang terbanyak iaitu 92 buah loji.

 

4. Adakah kelulusan sistem pembetungan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan pembetungan ?

Jawapan :

Setelah berkuatkuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta IPA 655) mulai 1 Januari 2008, semua kelulusan sistem pembetungan diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).


5. Adakah permohonan baru dan pembaharuan lesen masih diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan?

Jawapan :

Dengan berkuatkuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta IPA 655) mulai 1 Jan 2008, semua urusan yang melibatkan permohonan baru dan pembaharuan lesen telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).


6. Adakah lesen JPP kelas D masih sah digunakan untuk memasuki tender Jabatan Perkhidmatan Pembetungan bermula daripada 1 Januari 2008?

Jawapan :

Lesengf JPP kelas D yang masih sah tempohnya dibenarkan memasuki tender Jabatan Perkhidmatan Pembetungan manakala bagi yang telah luput tempoh sahnya , perlu menggunakan permit mengikut jenis bidang kerja yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).


7. Apakah fungsi utama Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) selepas penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas 1 Januari 2008?

Jawapan :

Fungsi utama Jabatan Perkhidmatan Pembetungan selepas wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas 1 Januari 2008 ialah sebagai pelaksana projek pembetungan negara dan sebagai penasihat kepada KeTTHA di dalam isu-isu berkaitan pembetungan. Selain itu juga, di bawah peruntukan RMK sektor pembetungan kepada Sabah dan Sarawak, JPP telah dilantik sebagai penasihat teknikal pembetungan, menjalankan audit teknikal, memberi khidmat nasihat dan mengesahkan tuntutan bayaran pinjaman Kerajaan Pesekutuan dari kerajaan negeri-negeri tersebut.


8. Kepada siapakah aduan berkaitan masalah perkhidmatan pembetungan perlu diajukan?

Jawapan :

Bagi aduan yang berkaitan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan awam dibawah seliaan IWK, aduan boleh diajukan terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atau terus kepada IWK.
Manakala aduan berkaitan dengan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan serantau yang sedang dalam pembinaan, maka aduan tersebut boleh diajukan terus kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

 

9. Bagaimanakah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dapat meningkatkan tahap perkhidmatan pembetungan Negara?

Jawapan :

Perkhidmatan pembetungan Negara dapat ditingkatkan lagi dengan membina loji rawatan kumbahan serantau yang lebih moden, berteknologi hijau dan lebih efisien. Dengan itu dapat mengurangkan bilangan loji-loji rawatan kumbahan sediaada untuk mengurangkan pencemaran dan masalah penyelengaraan loji dengan lebih baik.


10. Apakah kebaikan Loji Rawatan Kumbahan Serantau/Berpusat?

Jawapan :

Kebaikan loji rawatan kumbahan serantau/berpusat adalah dapat merawat air kumbahan dari sesuatu kawasan tadahan yang lebih besar. Sebagai contoh Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 akan dapat merawat air kumbahan dari sebahagian besar Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Cheras. Oleh itu, loji-loji kecil disekitar kawasan tadahan tersebut dapat di tutup untuk mengurangkan pencemaran.

 

 

Kementerian/Jabatan

MyGOV Portal

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ( PETRA )

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Bahagian Bekalan Air ( BBA )

Badan Berkanun Persekutuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Syarikat

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Indah Water Konsortium (IWK)

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com